Space Shutter
Jangan pandang rendah
Thursday, 29 December 2011 ✿ 21:01:00 ✿ 0 Shutter Comments


Fendy ( bukan nama sebenar ) , dahulunya seorang yang tiada apa_II melainkan motosikal buruknya , penampilannya pun buruk , kalau perempuan tengok pun tak ingin . Dia ni ada hati pada seorang perempuan yang memiliki raut wajah yang manis , tetapi cintanya di tolak , kerana mungkin kekurangan yang ada pada dirinya , dia pun tidak menyangka perempuan tersebut memaki hamunnya , dan memandang rendah pada dirinya . Lalu ia berkata-kata dalam hati " Aku tidak akan pernah menangis kerana perempuan ini " . Semenjak dari kejadian itu , dirinya begitu bersemangat , dan ingin membuktikan sesuatu yang dia pun boleh berjaya .

Beberapa tahun kemudian ...


Oleh kerana tomahan serta kutukan yang dilemparkan pada dirinya ,  membuatkan hatinya rasa membuak-buak dan menjadi sebagai pembakar semangat , lalu dia telah membuktikan pada semua orang dan pada perempuan yang pandang rendah pada dirinya juga , yang dia telah pun berjaya dalam hidup , dia kini seorang usahawan yang  berjaya .

P/s : Tidak kira lah lelaki mahupun perempuan , janganlah kita sesekali pandang rendah kekurangan yang ada pada diri seseorang , situasi macam ni pernah terjadi di depan mata aku sendiri , aku kongsi kan kepada korang semua , untuk kita jadi kan pengajaran serta renungan bersama ;D

Putus Cinta
✿ 20:50:00 ✿ 0 Shutter Comments


Aku menangis bukan kerana aku memerlukanmu , bukan kerana aku mahu kau kembali padaku tetapi kerana aku akhirnya menyedari aku terpaksa belajar untuk melepaskan kau pergi . Aku akhirnya dapat menerima perpisahan kita dan benar-benar percaya bahawa aku boleh hidup tanpamu . Aku akhirnya dapat menerima tragedi cinta kita . Kemudian kau tersenyum padaku dan merosakkan segala-galanya . Aku tewas dan jatuh cinta sekali lagi padamu ! Soal hati tiada undang-undang . Apatah lagi paksaan . Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta . Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi . Orang yang putus cinta sering kali berakhir dengan air mata . Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya . Soal cinta adalah soal hati . Ia juga soal jodoh . Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita . Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang , kalau ia tidak berbalas , sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan . Cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta . Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain . Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain . Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar . Cinta akan hidup bersama dengan waktu , apabila waktu itu mati , maka matilah cinta itu . Jika kita mencintai seseorang , kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita 


Andai Lelaki Tahu
Tuesday, 20 December 2011 ✿ 09:55:00 ✿ 0 Shutter Comments
Andainya lelaki tahu , Apabila seorang perempuan jatuh cinta , lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya . Andainya lelaki tahu , Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata , itu bukan bermakna dia lemah , tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu .
Andainya lelaki tahu ,  Apabila seorang perempuan marah , memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah , itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu .
Lihat saja pasangan yang baru bercinta , mereka jarang bergaduh .
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang ,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku .
Andainya lelaki tahu , Apabila perempuan bercakap banyak , dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas , tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat .
Andainya lelaki tahu ,  Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah , itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya , tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik , bukan untuk dirinya , tetapi untuk masa depan anda .
Andai lelaki tahu , Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda , bukan bermakna dia tidak sayang , tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian .
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya , anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi . Naluri keibuannya sangat kuat . Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda . Andai lelaki tahu , Apabila perempuan merajuk , jangan kata dia mengada-ngada . Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen , tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai .
Andai lelaki tahu , Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya , bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya .
Andai lelaki tahu , Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu , dia benar-benar maksudkannya . Apabila berjauhan , bayanganmu akan sentiasa bermain di mata .
Andai lelaki tahu , Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu , jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu . Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya . Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya . Selagi dia dengan kamu , percayalah , walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya , kamu tetap yang terbaik . Andai lelaki tahu , Apabila perempuan menjadi degil , dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya . Percayalah , hati perempuan itu sangat lembut . Andai kena caranya , jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat .
Andai lelaki tahu , Apabila perempuan berkata , “Tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya . Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja . Apabila dia kembali tenang , percayalah dia akan mencari anda semula . Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda .
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan . Dia terlalu emosional . Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda . Andai lelaki tahu , Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri . Tetapi sekiranya mereka saling memahami , mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali . Di sebalik air matanya , tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya . Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya .
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna .
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya , isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda kelak .


Jenis-II Kawan
Sunday, 18 December 2011 ✿ 17:51:00 ✿ 0 Shutter Comments


Hello ebelibadi !  korang sihat tak ? aku boring laa so aku buad satu lagi blog , muahaha , aku nak story jenis-II kawan .



  Kawan Chipsmore - Kawan yang sekejap ada , sekejap tak ada . Hairan juga dia pergi mana . Kena tangkap dengan bunian kot .
 Kawan Buaya - Dia ni macam buaya , suka makan orang . Maksudnya kawan makan kawan laa .
 Kawan Perfume - Time wangi je dekat dengan kita , time busuk menjauh *time senang ada dengan kita , time susah dia hilang .
 Kawan Pisau - Mulut dia tajam mengalahkan pisau sampai kita pun takut nak cakap lebih-lebih dengan dia .
 Kawan Chocolate - Adess ! Mulut dia manis gila mengalahkan coklat . Dia pakai ilmu apa erk ?
 Kawan Kayu - Dia ni tunggul . Orang cakap apa pun dia buat derk je .
 Kawan Span - Lembut . Seorang yang sopan-santun . Memang lembut tahap gaban . Suara pun ayu je .
 Kawan Duri - Dia ni suka sakitkan hati kita so , dia ni adalah salah satu dari spesies duri di dunia .
 Kawan Kaunseling - Yang ni jenis kerja dekat Jabatan Kebajikan kot . Semua benda dia nak tahu .
 Kawan Ibu - Sebijik macam ibu kita , selalu ada tika kita susah dan senang . Kawan macam ni la yang semua orang nak .





Me You Home
DASHBOARDFOLLOW

Little Disclaimer;


Hello creatures . Welcome to my official blog . I'm Sam . Enjoy your reading here and Open my page sorce Is illegal here !



Lets Mengumpat;

Put your own Cbox. Recommended 200x65.

Credditostata;
✿ Skins by Husna
✿ Basecodes by Jaja
✿ Graphics by WeHeartIt