Space Shutter
Andai Lelaki Tahu
Tuesday 20 December 2011 ✿ 09:55:00 ✿ 0 Shutter Comments
Andainya lelaki tahu , Apabila seorang perempuan jatuh cinta , lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya . Andainya lelaki tahu , Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata , itu bukan bermakna dia lemah , tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu .
Andainya lelaki tahu ,  Apabila seorang perempuan marah , memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah , itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu .
Lihat saja pasangan yang baru bercinta , mereka jarang bergaduh .
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang ,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku .
Andainya lelaki tahu , Apabila perempuan bercakap banyak , dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas , tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat .
Andainya lelaki tahu ,  Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah , itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya , tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik , bukan untuk dirinya , tetapi untuk masa depan anda .
Andai lelaki tahu , Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda , bukan bermakna dia tidak sayang , tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian .
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya , anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi . Naluri keibuannya sangat kuat . Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda . Andai lelaki tahu , Apabila perempuan merajuk , jangan kata dia mengada-ngada . Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen , tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai .
Andai lelaki tahu , Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya , bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya .
Andai lelaki tahu , Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu , dia benar-benar maksudkannya . Apabila berjauhan , bayanganmu akan sentiasa bermain di mata .
Andai lelaki tahu , Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu , jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu . Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya . Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya . Selagi dia dengan kamu , percayalah , walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya , kamu tetap yang terbaik . Andai lelaki tahu , Apabila perempuan menjadi degil , dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya . Percayalah , hati perempuan itu sangat lembut . Andai kena caranya , jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat .
Andai lelaki tahu , Apabila perempuan berkata , “Tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya . Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja . Apabila dia kembali tenang , percayalah dia akan mencari anda semula . Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda .
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan . Dia terlalu emosional . Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda . Andai lelaki tahu , Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri . Tetapi sekiranya mereka saling memahami , mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali . Di sebalik air matanya , tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya . Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya .
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna .
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya , isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda kelak .



Older PostNewer Post
Me You Home
DASHBOARDFOLLOW

Little Disclaimer;


Hello creatures . Welcome to my official blog . I'm Sam . Enjoy your reading here and Open my page sorce Is illegal here !



Lets Mengumpat;

Put your own Cbox. Recommended 200x65.

Credditostata;
✿ Skins by Husna
✿ Basecodes by Jaja
✿ Graphics by WeHeartIt