Space Shutter
Putus Cinta
Thursday 29 December 2011 ✿ 20:50:00 ✿ 0 Shutter Comments


Aku menangis bukan kerana aku memerlukanmu , bukan kerana aku mahu kau kembali padaku tetapi kerana aku akhirnya menyedari aku terpaksa belajar untuk melepaskan kau pergi . Aku akhirnya dapat menerima perpisahan kita dan benar-benar percaya bahawa aku boleh hidup tanpamu . Aku akhirnya dapat menerima tragedi cinta kita . Kemudian kau tersenyum padaku dan merosakkan segala-galanya . Aku tewas dan jatuh cinta sekali lagi padamu ! Soal hati tiada undang-undang . Apatah lagi paksaan . Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta . Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi . Orang yang putus cinta sering kali berakhir dengan air mata . Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya . Soal cinta adalah soal hati . Ia juga soal jodoh . Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita . Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang , kalau ia tidak berbalas , sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan . Cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta . Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain . Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain . Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar . Cinta akan hidup bersama dengan waktu , apabila waktu itu mati , maka matilah cinta itu . Jika kita mencintai seseorang , kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita 



Older PostNewer Post
Me You Home
DASHBOARDFOLLOW

Little Disclaimer;


Hello creatures . Welcome to my official blog . I'm Sam . Enjoy your reading here and Open my page sorce Is illegal here !



Lets Mengumpat;

Put your own Cbox. Recommended 200x65.

Credditostata;
✿ Skins by Husna
✿ Basecodes by Jaja
✿ Graphics by WeHeartIt